Wednesday 7 December 2011

Teknik Memupuk Pemikiran Analitikal dan Kreatif

refresh22222!!!

  • Pembelajaran Inkuiri
  • Pembelajaran Berasakan Pemikiran(Thinking Base Learning)
  • Pembelajaran Berasaskan Masalah( Problem Base Learning)
  • Pembelajaran Koperatif
  • Pembelajaran Berasakan Projek(Project base Learning)

1. Pembelajaran berasaskan inkuiri adalah satu kaedah pembelajaran yang dimulai dengan satu persoalan utama dan memerlukan pelajar merancang, menyiasat, menganalisis data, menjawap soalan dan berkongsi maklumat.

2. Pembelajaran Berasakan Pemikiran ialah satu kaedah pembinaan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis secara terus atau eksplisit

3. PBL ialah pembelajaran yang dimulakan dengan satu masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar dan mempunyai beberapa penyelesaian

4. Pembelajaran Koperatif ialah pembelajaran yang memerlukan pelajar bekerja dalam kumpulan yang dibahagikan secara heterogenous untuk mencapai matlamat yang sama berasaskan 5 prinsip pembelajaran koperatif iaitu saling bergantungan secara positif, akauntabiliti atau penanggungjawaban individu, interaksi bersemuka, pengajaran kemahiran sosial secara eksplisit, pemprosesan kumpulan.

5. Pembelajaran berasaskan projek ialah kaedah pembelajaran dimana pelajar melakukan projek dan menghasilkan produk

Maksud Pemikiran:

Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami

Pemikiran analitik merupakan satu operasi kognitif yang memerlukan kita melihat sesuatu butiran secara mendalam dan terperinci

Pemikiran Kreatif
  • Kecekapan menggunakan minda untukMenjana dan menghasilkan idea
  • Mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai  sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.
  • Menerokai dan mencari makna, pemahaman dan penyelesaian masalah

Kaedah analogi diguna untuk membina jambatan konsep untuk pelajar bagi menghubungkan apa yang diketahui (konsep analog) dengan apa yang baru (konsep target).

Terdapat 6 langkah utama dalam Model Pengajaran dengan Analogi (Glynn, 1995)
  1.  Perkenalkan konsep target
  2.   Ulang kaji konsep analog
  3. Kenal pasti ciri-ciri relevan konsep target dan analog
  4.   Petakan ciri yang serupa
  5. Tunjukkan di mana analogi tidak lagi sepadan
  6.  Buat kesimpulan
Contoh analog dan target:
Solar System (Analog)
Atom (Target)
Sun
Nucleus
Planets
Electrons
Sun attract Planet
Nucleus attract electron
Sun is more massive than planet
Nucleus is more massive than electron

No comments:

Post a Comment