Tuesday 6 December 2011

Penaksiran, Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Penaksiran
Penaksiran ialah proses mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan apa yang mereka boleh lakukan.

Tujuan dan Jenis Penaksiran:


TUJUAN
JENIS
Mengenal pasti kelemahan dan kesediaan belajar
Penaksiran diagnostik
Mempelbagaikan penaksiran secara berkala bagi tujuan penaksiran sumatif
Penaksiran formatif (formative assessment)
Membantu pelajar belajar secara berterusan
Penaksiran untuk pembelajaran (assessement for learning dan assessment as learning)
Memberi gred
Melapor kepada pihak luar
Membuat keputusan tentang sesuatu tindakan
Penaksiran sumatif (summative assessment) atau penaksiran hasil pembelajaran (assessment of learning)


Perbezaan Assessmment for Learning dan Assessment as Learning



Assessment for learning
Assessment as learning
Sejauh mana pembelajaran berlaku dibuat perbandingan dengan kriteria yang merujuk kepada hasil pembelajaran yang diharapkan
Sejauh mana pembelajaran berlaku dibuat perbandingan dengan prestasi kendiri sebelumnya


Pengkelasan mengikut darjah keutamaan antara faktor ekonomi, ketulenan (autentik), dengan kebolehpercayaan.


Faktor  yang diutamakan
Jenis
Ketulenan (authenticity)
Penaksiran autentik atau penaksiran alternatif
Ekonomi dan kebolehpercayaan
Penaksiran konvensional/ tradisional atau pengujian


Penaksiran Diagnostik dapat mengetahui kemlemahan dan kesediaan pelajar dengan melakukan ujian diagnostik

Penaksiran Sumatif untuk mengumpul data apa yang pelajar tahu di sesuatu unit di setiap akhir topik, akhit semester dan sebagainya.

Penaksiran Formatif
dapat mempelbagaikan penaksiran secara berskala bagi tujuan penaksiran sumatif

Pengujian
Pengujian ialah proses mengumpul data secara sistematik di bawah keadaan yang terkawal dan seragam.

Pengukuran
proses dimana skala standard @ alat pengukur diaplikasikan kepada objek, peristiwa atau keadaan contohnya memberi markah.

Penilaian ialah proses membandingkan data (pengukuran) kepada satu standard @ kriteria dengan tujuan menentukan kualiti atau nilai harganya.

No comments:

Post a Comment