Sunday 11 December 2011

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN

APA ITU KESAHAN?
merujuk kepada darjah ketepatan proses penaksiran menaksir konsep yang tertentu yang hendak diukur penilai. Kesahan mementingkan kejayaan penaksiran mengukur apa yang hendak diukur penilai.

KESAHAN TERBAHAGI KEPADA DUA IAITU:
 1)Kesahan Instrumen ~Instrumen mengukur apa yang sepatutnya diukur
                     a)Sesuai (approriate)
                     b)Bermakna (meaningful)
                     c)Berguna (useful)

2)Kesahan inferens/kesimpulan 
        ~Instrumen yang sah membolehkan inferens/kesimpulan yang betul/sah dibuat
        ~ bergantung kepada proses2 sebelum ini.
       ~ banyak bergantung dgn kesahan instrumen


KESAHAN INSTRUMEN YANG MEMPENGARUHI KESAHAN INSTRUMEN
 1) Kesahan Kandungan / muka
~ ditentukan dgn merujuk persetujuan pakar  sama ada item / soalanyg dipilih / dibina itu mewakili aspek yg hendak di ukur.
~ kesahan kandungan perlu ditentukan bg instrumen mengukur penguasaan isi kandungan @ kemahiran tertentu.
~ tidak melibatkan prosedur statistik
~ eg: merujuk kepada ujian mengenai kefahaman = wat soalan tentang satu2 kefahaman. jd pakar akan sahkan bentuk soalan yg dibina.

2) Kesahan Kriteria
~ merujuk kepada sejauh mana alat pngukur (eg: usaha, kretiviti) dpt hasilkan skor yg ada hubungn dgn beberapa kriteria luaran yg ditetapkan.
~ melibatkan prosedur kuantitatif yg melibatkan pengiraan pekali kolerasi antara satu @ lebih pembolehubah kriteria
~ pembolehubah kriteria (pencapaian akademik,prestasi dlm latihan tertentu, prestasi kerja, rating) ialah kriteria yg dibuat perbandingan dgn aspek yg hendak diukur
~ Pembolehubah peramal (kecerdasan, aptitud, personaliti) ialah aspek yang hendak diukur atau ditentukan statusnya pada masa akan datang

 FAKTOR MEMPENGARUHI KESAHAN
- Arahan kurang jelas
- Perbendaharaan kata dan struktur ayat sukar difahami
-Masa yang diberikan tidak mencukupi
-Aras kesukaran yang kurang sesuai
-Item ujian yang dibina kurang baik
-Item ujian kurang sesuai bagi aras kemahiran yang dikehendaki
-Bilangan item tidak mencukupi
-Susunan item kurang tepat
-Susunan jawapan (ujian objektif) boleh diramalkan

3) Kesahan Konstruk/gagasan
- Merujuk sejauh mana alat pengukur dapat mengukur sesuatu aspek berasaskan teori
- Kepekaan alat pengukur mengukur aras atau dimensi berlainan aspek yang hendak diukur
- Misalnya mampukah soal selidik mengukur aras kerisauan atau ia hanya mengukur kewujudan atau ketiadaannya?

CARA MENENTUKAN  KESAHAN KONSTRUK
- Kesahan korelasi
- Analisis faktor
- Kesahan konvergen dan kesahan diskriminan

APA ITU KEBOLEHPERCAYAAN?
Merujuk kepada ketekalan (consistency) alat pengukur dalam mengukur aspek yang hendak diukur


PENENTUAN KEPERCAYAAN

1)Kaedah Uji-Uji Semula(Test-retest method)
- Beri ujian yang sama dua kali pada masa yang berlainan. Selepas itu tentukan korelasi Pearson (analis perujian spss) antara pasangan skor yang diperolehi setiap pelajar (uji, uji semula)


2)Ukuran Kesetaraan (Equivalent form)
-Menggunakan dua ujian yang berlainan tetapi setara yang ditadbir pada hari yang sama. Selepas itu tentukan korelasi Pearson antara pasangan skor yang diperolehi setiap pelajar

3)Ketekalan antara Pemeriksa (Interrater Reliability)
- Ujian yang sama diperiksa oleh dua atau lebih pemeriksa dan skor yang diberi oleh setiap pemeriksa dibandingkan dengan pemeriksa lain. Tidak perlu bagi soalan objektif yang hanya ada satu jawapan tepat.

4)Ketekalan Dalaman (Internal Consistency)
-Menggunakan formula (Kuder-Richardson - ada satu jawapan tepat contohnya ujian objektif ty ttg kefahaman fizik) atau pekali alfa (Cronbach Alpha - mengukur instrumen yg xde jawapan tepat contohnya ukur sikap terhadap fizik, politik sekarang)

5)Kaedah Belah Dua (Split Half Method)
-Ujian yang sama dibahagi dua dan skor bagi setiap bahagian ditentukan korelasinya

FAKTOR YG MEMPENGARUHI KEBOLEHPERCAYAAN
~ Panjang ujian – lebih panjang ujian lebih tinggi kebolehpercayaannya – mengurangkan pengaruh tekaan
~ Item dipanjangkan dengan menambah item-item yang mempunyai kualiti yg sama dengan item sedia ada (lama @ sekejap)
~ Waktu mengadakan ujian (siang hari, lepas makan)
~ Jenis ujian – esei dan objektif (esei lebih kebolehpercayaan)
~ Skema pemarkahan dan pemeriksa (bertauliah @ x bertauliah)

KAITAN ANTARA KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN
~ Ujian perlu sah dan mempunyai kebolehpercayaan untuk membolehkan kesimpulan/inferen yang dibuat daripada skor yang diperolehi itu sah.
~ Kesahan akan memastikan ujian yang dibina itu menepati matlamat atau objektif ujian itu dibina, manakala kebolehpercayaan pula memastikan ketekalan dalam pengukuran pencapaian murid dalam sesuatu ujian.
~ Ujian yang sah semestinya ada kebolehpercayaan kerana ia perlu ada kebolehpercayaan dahulu barulah dikira sah.
~ Namun, ujian yang ada kebolehpercayaan tidak semestinya sah.
~ Kesahan lebih penting daripada kebolehpercayaan.

No comments:

Post a Comment