Wednesday 26 October 2011

REFLEKSI KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN

 Pengenalan Kemahiran Mikropengajaran.

Terdapat 9 kemahiran mikropengajaran utama:
1.Memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea)
2.Menyoal
3.Menerang
4.Memperkukuh
5.Membuat demonstrasi
6.Mengendali perbincangan
7.Mengendali kerja amali
8.Menutup pengajaran
9.Membuat refleksi

Memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea)
Tujuan memulakan pengajaran ini ialah untuk:
1) Menarik minat pelajar
2) Membantu pelajar bersedia samada dari segi kognitif atau efektif
3) Memperkenalkan objektif pembelajaran
4)Membina aliran pemikiran
5) Mengetahui pengetahuan & miskonsepsi pelajar

Menyoal

Tujuan menyoal :
¨Memulakan inkuiri
¨Melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran
¨Menarik perhatian pelajar dan menimbulkan sifat ingin tahu
¨Menumpukan perhatian pelajar kepada sesuatu idea atau konsep
¨Menggalakkan pelajar bertanya soalan
¨Membina kemahiran berfikir
¨Meminta penjelasan idea pelajar
¨Mengenal pasti dan menangani miskonsepsi
¨Mentaksir kefahaman pelajar
Langkah menyoal
1) Ajukan soalan
2) beri masa berfikir
3) Pilih pelajar utk menjawab
4) Beri respon/ reaksi jawapan pelajar
5) Tekankan/ buat ringkasan jawapan pelajar yg mudah difahami
Menerang
Jenis-jenis penerangan
¨Penaakulan
¤Menggunakan proses logik untuk menjawab soalan
¤Menstruktur semula konsep atau idea
¨Interpretatif
¤Menghuraikan maksud sesuatu istilah atau penyataan
¤Idea, konsep, prinsip, atau teori
¨Diskriptif
¤Menghuraikan proses, struktur, dan prosedur
¤Arahan jelas langkah-langkah menjalankan sesuatu
Memperkukuh
Tujuan memperkukuh
¨Meningkatkan interaksi bilik darjah
¨Memperbaiki disiplin bilik darjah
¨Memotivasi pelajar
¨Meningkatkan keyakinan pelajar
¨Mengubah atau mengubah suai kelakuan pelajar secara positif
¨Meningkatkan kefahaman pelajar
Membuat demonstrasi
Tujuan membuat demonstrasi
¨Mengajak pelajar menjalankan inkuiri terbimbing
¨Membantu pelajar membina kefahaman
¨Merangsang pemikiran kritis dan kreatif
Mengendalikan perbincangan
Tujuan mengadakan perbincangan
¨Melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran
¨Melibatkan pelajar dalam proses menyelesaikan masalah saintifik berbanding mengajar isi kandungan
¨Memperkukuhkan pembelajaran
¨Meransang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
¨Memberi maklum balas pantas kepada guru tentang kefahaman pelajar
Mengendalikan kerja amali
Tujuan menjalankan amali
¨Meningkatkan penguasaan isi kandungan
¨Memberi peluang pelajar mengalami tabii, kaedah, dan semangat sains
¨Membina kemahiran dan sikap saintifik
¨Membina kemahiran berfikir kritis dan kreatif
¨Membina kemahiran praktik yang generik
¨Membina pengetahuan sains secara empirik
¨Membina kemahiran bekerja dalam kumpulan
Menutup pengajaran
¨Aspek Kognitif
  Melihat semula/meperkukuh dan meringkaskan hasil pembelajaran
  Menaksir kefahaman pelajar. Cuba jadikan pengakhiran pelajaran sesuatu yang tidak dapat dilupakan
  Pelajar membuat refleksi ke atas apa dan bagaimana mereka belajar dan membuat kesimpulan
  Membuat perkaitan dengan pelajaran akan datang
  Memberi kerja rumah/pembacaan yang sesuai
¨Aspek Sosial
  Nilai afektif: Perasaan mencapai kejayaan dan keseronokan pengalaman belajar. Cuba jadikan pelajar berasa apa yang mereka pelajari itu penting dan istimewa
Membuat refleksi
Tujuan membuat refleksi
¨Mengenal pasti isu/masalah yang mungkin dihadapi bagi tujuan penambahbaikan
¨Mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan
¨Merangka tindakan penambahbaikan dari sudut peribadi dan profesionalisme

~SAYA NAK JADI CIKGU YG BAIK~




1 comment: