salam muhibbah...
pembelajaran pada hari ini sangat menarik minat saya.
jika sebelum ini saya tidak pernah memikirkan bahawa Pendidikan, Instruksi, Pengajaran, Teknologi, Penaksiran dan Pembelajaran adalah mempunyai kebergantungan di antara satu sama lain.
jadi semasa dalam kelas sebentar tadi, sy memperoleh pencerahan yang sgt menarik perhatian sy.
Kaedah yg digunakan dalam sesi pembelajaran pada hari ini oleh Dr.Nurul sgt menarik untuk dikupas.
kami diberi tugasan untuk membentangkan kaitan antara Pendidikan, Instruksi, Pengajaran, Teknologi, Penaksiran dan Pembelajaran.
jom kita ketahui maksud2 yg sebenar...
PENDIDIKAN: Proses yang merangkumi pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku secara formal, informal dan non formal
INSTRUKSI: Proses memudahvara ke arah objektif yg telah ditetapkan samada melalui guru atau cara lain.
PENGAJARAN: Tindakan guru secara langsung yg direka bentuk bagi membantu pengajaran.
TEKNOLOGI: Set peralatan dan sumber yg membantu menyelesaikan masalah adaptasi yg dihidapi manusia dalam persekitarannya.
PENAKSIRAN: Proses mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan boleh lakukan bg membantu dalam proses membantu membuat keputusan.
PEMBELAJARAN: Proses membina dan mendapatkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai tertentu yg boleh diaplikasikan.
PEMBANGUNAN: Penambahan kpd pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai dari tahap yg khusus kpd yg lebih am. Pembanguan memerlukan masa dan pengalaman pembelajaran yg byk serta kematangan.
No comments:
Post a Comment