Thursday 17 November 2011

Prezi... i'm not crazy!

salam mahabbah semua...

isnin lalu (14/11/2011), DrNurul telah memberikan satu tugasan mengenai Problem Based Learning..
menyelesaikan masalah berkaitan Saya, Media dan Teknologi..
Dr memperkenalkan kami dgn media baru iaitu prezi..
salah satu medium yg amat sesuai utk presentation.
kalo dulu kita guna power point..
jom sekarang kita berubah ke prezi...

mula2 nak buat Crazy sekejap... Prezi make me crazy...hoho

alhamdulillah dpt siapkan...
terima kaseh kepada Fatinah sebab dia sabo mngejar dan melayan kerenah saya...

ni link ke prezi saya...saya, teknologi dan media

Wednesday 16 November 2011

Pembelajaran koperatif



Pembelajaran koperatif ini merupakan satu kaedah pembelajaran dimana pelajar belajar dalam satu kelompok kumpulan dan terdapat 5 prinsip dalam pembelajaran koperatif ini iaitu:

1) Saling bergantung secara positif
# setiap ahli kumpulan adalah bergantung antara satu sama yang lain. semua ahli kumpulan perlu mengambil berat tentang pembelajaran dari diri sendiri dan juga rakan-rakan.

2) penanggujawaban individu
# setiap ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab bukan untuk mencapai matlamat, tetapi juga bertujuan memastikan bahawa setiap ahli menjadi individu yang lebih berkebolehan. maksudnya ahli tersebut tidak bergantung kepada kumpulan itu sahaja malahan kalau sendiri sahaja pun dia boleh melakukannya.

3) Interaksi bersemuka
#ahli kumpulan perlu duduk berdekatan dan berinteraksi di antara satu sama yang lain secara bersemuka supaya mereka dapat membantu, menggalak dan seterusnya meningkatkan usaha antara satu sama yang lain.

4) Pengajaran kemahiran sosial secara Ekplisit
#memberitahu peraturan atau arahan tersebut secara terus, tersurat dan jelas.

5) Pemprosesan kumpulan.
# melakukan penilaian ke atas pencapaian kumpulan itu sendiri....

teknik dalam pembelajaran KOPERATIF
1)STAD(student team achievement division)
2)GI(group investigation)
3)TGT(teams group tournaments)
4)TAI(team accelerated instruction)
5)NUMBER HEADS TOGETHER
6) JIGSAW 



Teknik JIGSAW adalah teknik yang digunakan oleh dr untuk menjalankan kelas kami pada hari ini. Kaedah pembelajaran berasakan teknik JIGSAW adalah seperti berikut:

1) kami duduk seramai 5 orang dalam satu kumpulan. kumpulan ini merupakan kumpulan (ASAL).

2) kemudian, dalam kumpulan tersebut, setiap ahli kumpulan diberi nombor iaitu 1-5.

3) selepas itu, semua ahli kumpulan keluar daripada kumpulan ASAL dan membentukkumpulan pakar PAKAR daripada no yang telah diberikan tadi. maksud nya, semua ahli yang bernombor 1 bagi setiap kumpulan ASAL akan menjadi satu kumpulan PAKAR. begitu juga dengan nombor yang lain.

4)dalam kumpulan PAKAR, kami telah dibahagikan dengan teknik2 pembelajaran koperatif dan kumpulan aku telah mendapat teknik TAI dan menerangkan prinsip2 dalam pembelajaran koperatif. seterusnya, semua ahli kumpulan dalam kumpulan PAKAR perlu mencari maklumat dan mahir dalam teknik TAI. kami telah diberikan masa selama 20 minit.

5) setelah selesai 20 minit. kami kembali semula ke dalam kumpulan ASAL dan setiap kumpulan diberikan masa 30 minit untuk menerangkan semula semua teknik2 pembelajaran koperatif dalam kumpulan ASAL masing2 dengan mengikut nombor masing2.

6) selepas selesai perbincangan dalam kumpulan ASAL dan semua ahli kumpulan telah mengetahui prinsip2 pembelajaran koperatif serta teknik2nya. dr nurul pun mengadakan satu penilaian melalui soalan yang diberikannya. terdapat 3 soalan dan dr akan memberikan markah bonus kepada kumpulan yang mendapat markah paling tinggi.
terdapat 3 soalan, untuk soalan pertama dr akan memilih 1 nombor contohnya no 1. jadi semua ahli kumpulan yang bernombor 1 dalam setiap kumpulan perlu bangun dan menjawab soalan 1 tersebut dan begitu juga dengan soalan yang ke 2 dan ketiga. setelah semua soalan dijawab. markah akan dijumlahkan kesemuanya dan kumpulan yang mempunyai markah paling tinggi akan mendapat ganjaran markah bonus tersebut.

nanti sy poskan sal 5 lg tu ea... ^_^

Problem Based Learning

hari ni belajar PROBLEM BASED LEARNING (PBL)..

what is PBL???
PBL is a istructional ill-structured (teaching method) that uses real life ill-structured problem as the impetus for learning....

PBL is guided by teacher. teacher act as fasilitator that guides student to generate ideas by using thinking template such as FILA CHART
Thinking template (FILA CHART) is use because is help the student what they know, what they don't know and what they need to find out the problem.

F- Facts of the probelem
I - ideas of the problem
L - learning issues
A - action plan to solve the problem

fuh penat otak memikiq!