Wednesday 26 October 2011

REFLEKSI KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN

 Pengenalan Kemahiran Mikropengajaran.

Terdapat 9 kemahiran mikropengajaran utama:
1.Memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea)
2.Menyoal
3.Menerang
4.Memperkukuh
5.Membuat demonstrasi
6.Mengendali perbincangan
7.Mengendali kerja amali
8.Menutup pengajaran
9.Membuat refleksi

Memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea)
Tujuan memulakan pengajaran ini ialah untuk:
1) Menarik minat pelajar
2) Membantu pelajar bersedia samada dari segi kognitif atau efektif
3) Memperkenalkan objektif pembelajaran
4)Membina aliran pemikiran
5) Mengetahui pengetahuan & miskonsepsi pelajar

Menyoal

Tujuan menyoal :
¨Memulakan inkuiri
¨Melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran
¨Menarik perhatian pelajar dan menimbulkan sifat ingin tahu
¨Menumpukan perhatian pelajar kepada sesuatu idea atau konsep
¨Menggalakkan pelajar bertanya soalan
¨Membina kemahiran berfikir
¨Meminta penjelasan idea pelajar
¨Mengenal pasti dan menangani miskonsepsi
¨Mentaksir kefahaman pelajar
Langkah menyoal
1) Ajukan soalan
2) beri masa berfikir
3) Pilih pelajar utk menjawab
4) Beri respon/ reaksi jawapan pelajar
5) Tekankan/ buat ringkasan jawapan pelajar yg mudah difahami
Menerang
Jenis-jenis penerangan
¨Penaakulan
¤Menggunakan proses logik untuk menjawab soalan
¤Menstruktur semula konsep atau idea
¨Interpretatif
¤Menghuraikan maksud sesuatu istilah atau penyataan
¤Idea, konsep, prinsip, atau teori
¨Diskriptif
¤Menghuraikan proses, struktur, dan prosedur
¤Arahan jelas langkah-langkah menjalankan sesuatu
Memperkukuh
Tujuan memperkukuh
¨Meningkatkan interaksi bilik darjah
¨Memperbaiki disiplin bilik darjah
¨Memotivasi pelajar
¨Meningkatkan keyakinan pelajar
¨Mengubah atau mengubah suai kelakuan pelajar secara positif
¨Meningkatkan kefahaman pelajar
Membuat demonstrasi
Tujuan membuat demonstrasi
¨Mengajak pelajar menjalankan inkuiri terbimbing
¨Membantu pelajar membina kefahaman
¨Merangsang pemikiran kritis dan kreatif
Mengendalikan perbincangan
Tujuan mengadakan perbincangan
¨Melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran
¨Melibatkan pelajar dalam proses menyelesaikan masalah saintifik berbanding mengajar isi kandungan
¨Memperkukuhkan pembelajaran
¨Meransang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
¨Memberi maklum balas pantas kepada guru tentang kefahaman pelajar
Mengendalikan kerja amali
Tujuan menjalankan amali
¨Meningkatkan penguasaan isi kandungan
¨Memberi peluang pelajar mengalami tabii, kaedah, dan semangat sains
¨Membina kemahiran dan sikap saintifik
¨Membina kemahiran berfikir kritis dan kreatif
¨Membina kemahiran praktik yang generik
¨Membina pengetahuan sains secara empirik
¨Membina kemahiran bekerja dalam kumpulan
Menutup pengajaran
¨Aspek Kognitif
  Melihat semula/meperkukuh dan meringkaskan hasil pembelajaran
  Menaksir kefahaman pelajar. Cuba jadikan pengakhiran pelajaran sesuatu yang tidak dapat dilupakan
  Pelajar membuat refleksi ke atas apa dan bagaimana mereka belajar dan membuat kesimpulan
  Membuat perkaitan dengan pelajaran akan datang
  Memberi kerja rumah/pembacaan yang sesuai
¨Aspek Sosial
  Nilai afektif: Perasaan mencapai kejayaan dan keseronokan pengalaman belajar. Cuba jadikan pelajar berasa apa yang mereka pelajari itu penting dan istimewa
Membuat refleksi
Tujuan membuat refleksi
¨Mengenal pasti isu/masalah yang mungkin dihadapi bagi tujuan penambahbaikan
¨Mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan
¨Merangka tindakan penambahbaikan dari sudut peribadi dan profesionalisme

~SAYA NAK JADI CIKGU YG BAIK~




Monday 10 October 2011

tugasan baru

hari ini Dr.Nurul memberi satu lagi tugasan kpd km.
tugasan ini merangkumi 50% markah subjek KPD3016
mantop3... need too struggle muggle.. yeah!!!!

kumpulan sy kena wat tajuk paling senang dalam dunia (dr.Nurul cakap)
~kepala pikir senang sgt kah???~huhu


tugasan perlu dihantar utk disemak pada minggu ke-9...yg hanya lengkap utk 3 lesson plan...

Allahu yassir, wa la tuassir

Friday 7 October 2011

REFLEKSI PjBL

Berlalu sudah 3 minggu yg telah diperuntukkan utk km menyiapkan tugasan Project based learning.
Banyak yg kami perolehi sepanjang menjalankan project ini. Bukan calang2 project...

apa yg sy perolehi

1) Penggunaan blog, wikispace & lain2 seperti google documen, yahoo answer..
sepanjang menjalankan project, Dr Nurul mewajibkan km membuat blog dan wikispace. Penubuhan Blog adalah bertujuan untuk km berkongsi ilmu ttg apa yg km pelajari dalam kelas dan apa yg km perolehi sepanjang km menjalankan project ini. Manakala wikispace pula adlah laman sesawang utk km berdiskusi,menjana idea dan pendapat bersama.

2) kemahiran komunikasi
Antara kaedah yang dilakukan sepanjang menjalankan projek ini ialah kaedah temubual dgn masyarakat luar, pensyarah dan pelajar. melalui kaedah ini, ia malatih km akan kemahiran komunikasi.

3) Keyakinan diri ketika perbentangan project
Saya pasti semua org gemuruh tika berucap dihadapan apatah lg berucap berkaitan dgn fakta. Salah fakta, org yg mendengar pasti memberi respon membetulkannya. keyakinan diri sgt penting ketika melakukan perbentangan. Yakin berucap dan yakin apa yg diucapkan. Bila yakin itu ada, maka sudah tentu perbentangan dan penyampaian jelas utk pendengar.

4) berfikiran kreatif dn kritis terhadap masa depan negara
berfikiran kreatif terhadap tugasan yg diberi. Kreatif utk membuat perbentangan projek, kreatif utkmenarik minat masyarakat luar terhadapt tenaga nuklear. Kreatis pula memikirkan masa depan negara. Harus berfikir 360 darjah... ^_^

5) semangat kerjasama dgn rakan kumpulan
apa yg penting???
kerjasama.. yes!
kerjasama antara kumpulan dpt dipupuksepanjang menjalankan tugasan. tiada kerjasama projek ibarat tiada apa2.

6) nilai-nilai murni
byk nilai2 murni yg km perolehi..terima kaseh semua!

secara keseluruhannya, projek ni membuka ruang dan minda kami utk berfikiran lebih jauh. Terlalu banyak manfaat yg km perolehi sepanjang menjalankan projek ini. 3 minggu dirasakan terlalu singkat utk menyiapakan tugasan ini. 

Terima kaseh Dr Nurul!!

Wednesday 5 October 2011

Terima Kasih

Posto..posto..posto..

terima kaseh tidak terhingga ku ucapkan kepada Dr. Nurul..

Terima kaseh kepada ahli kumpulanku missworldphysics..
Cik haa yg bertungkus lumus menyiapkan video..
Cik Rai yg susah payah mencari maklumat utk debat..
Cik Arma yg byk memberi idea perlaksaan projek..
Cik Piqah yg sentiasa cool..
Cik Aisyah ketua yg berdedikasi..
Cik Ida yg bersengkang mata utk projek
n Cik Ain yg xhenti meniupkan semangat...
sgt2 terharu bersama kalian...
5 drpd 8.. kpd ain, arma..sori xlukes gmbaq ampa sb kami xdak gambaq ampa..huhu

terima kaseh juga kepada ahli jawatankuasa pelaksanaan seminar...
anda semua hebat!

terima kaseh juga kepada sahabat2 psyco physics yg banyak membuka minda dalam perlaksanaan projek..

terima kaseh juga kepada mereka yg sentiasa memberi sokongan kpd sy dan rakan sekelas AT 12..

terima kaseh..terima kaseh.. terima kaseh!


Tuesday 4 October 2011

SEMINAR MALAYSIA DAN NUKLEAR

Tanggal 4/10/2011 satu seminar telah dijalankan di Auditorium utama. seminar Malaysia Dan Nuklear adalah  merupakan hari kemuncak kami untuk project based learning. seminar ini dijalankan bertujuan utk menegtengahkan bakat kepimpinan dalam menguruskan sesuatu program disamping menyemai  budaya saintifik dan menambahkan pengetahuan ilmu sains dalam dalam kalangan mahasiswa. Seminar ini juga dapat membuka minda mahasiswa mengenai tenaga nuklear.

seminar ini dijalankan sebanyak dua sesi. sesi yg pertama ialah ceramah dan sesi yg kedua ialah perbentangan kumpulan PjBL

seminar ini dimulai dgn ceramah oleh En Fairuz bin Abd Farid, wakil Pengarah Bahagian Tenaga Nuklear, Agensi Nuklear Malaysia. Ceramah ini menjelaskan secara detail mengenai tenaga nuklear baik dr segi kebaikannya serta keburukan tenaga nuklear. 

Melalui penyampai En Fairuz, ia menambahkan lg pengetahuan saya mengenai nuklear. jika semalam kami berdebat dr hasil dapatan kajian melalui org awam dan maklumat dari laman sesawang, tapi pada hari ini km dijelaskan beserta bukti kajian2 yg telah dilakukan oleh pakar2 nuklear. diakhir ceramah beliau, sy dapati, ramai yg berubah fikiran menyokong penjanaan tenaga nuklear di Malaysia.... tak kenal maka x cinta..

pada sesi kedua, setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan kajian mengikut perspektif masing-masing.
di sini saya sertakan hasil video kerja kumpulan sy missworldphysics






Alhamdulillah
terima kasih Ya Allah

tawakkal ilallah!

Monday 3 October 2011

Debat

Pada hari ini iaitu 3/10/2011 ialah sesi Debat Malaysia  dan Nuklear. Persoalannya Relevankah Tenaga Nuklear di Malaysia.

Debat ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kerajaan & Pembangkang.Setiap pendebat hanya diberikan 8 minit untuk memberi usul. Debat ini dijalankan sebanyak 2 pusingan.

nanti insyaAllah sy akan upload video debat...


komentar Dr Nurul utk kerajaan: 
hujah kerajaan x menyengat..xde data & bukti yg sahih,
(kerajaan memberi hujah mengenai nuclear waste boleh recycle tapi tidak disertakan dgn bukti)
- boleh patahkan hujah lawan dgn bukti terkini.

komentar Dr Nurul utk pembangkang:
- hujah perlulah terbuka bukan hanya tertumpu kpd faktor keselamatan
- hujah tidak up to date
- hujah perlu disertakan dgn bukti


~apa2 pun tahniah buat semua.. great job!!!~